Posted by: pantaujpa | July 28, 2008

Kuasa jimat minyak

Berita Harian – 28 Julai 2008

Kereta guna teknologi hibrid lebih jimat minyak apabila enjin dijana dengan gabungan petrol dan motor elektrik

SETIAP kali krisis minyak berlaku, idea menghasilkan kereta yang dapat menjimatkan penggunaan bahan api timbul.

Tidak ada bezanya dengan krisis yang berlaku sekarang apabila kereta hibrid muncul sebagai antara pilihan untuk menjimatkan penggunaan minyak. Berbanding kereta solar dan hidrogen, kereta hibrid bukan lagi suatu idea di atas kertas dan bersifat penyelidikan, tetapi meluncur di jalan raya apabila dikeluarkan secara komersial.

Kelebihan utama kereta hibrid ialah menjimatkan minyak. Mengikut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat pada 2007, Toyota Prius, yang menggunakan satu liter bahan api mampu pergi antara 21 hingga 25 kilometer (km), bergantung kepada pemanduan di lebuh raya atau bandar.

Kebanyakan kereta di Malaysia, satu liter hanya dapat meliputi perjalanan antara lapan hingga 12 km.

Kini, istilah kereta hibrid menjadi semakin biasa. Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azhar Abdul Aziz, mendefinisikan kereta hibrid sebagai kenderaan yang menggunakan dua atau lebih punca tenaga yang berbeza reka bentuk untuk membolehkan bergerak di atas jalan raya.

Idea kereta hibrid zaman moden boleh dijejaki ketika krisis minyak pada 1973 dan 1979 yang menyebabkan Amerika Syarikat, mengambil inisiatif melakukan penyelidikan terhadap teknologi hibrid. Ini juga menyebabkan pengeluar kereta terbesar dunia, General Motor, ketika itu membelanjakan lebih RM65 juta terhadap penyelidikan dan pembangunan kereta hibrid.

Pengeluar kereta di benua lain tidak ketinggalan, terutama di negara maju yang isu alam sekitar mendapat perhatian serius.

Pengeluar kereta utama Jerman, Volkswagen, memperkenalkan teksi Microbus hibrid, manakala Di Jepun, pengeluar kereta nombor satu, Toyota membina prototaip enjin hibrid dan Mazda, mengeluarkan trak enjin hibrid, Titan.

Selepas banyak wang dicurahkan dan jurutera kereta memerah otak, pengeluar kereta nombor satu Jepun mendahului pengeluaran kereta hibrid secara komersil. Pertengahan 1997, Toyota memperkenalkan kereta hibrid pertama, Prius, untuk pasaran tempatan negara itu.

Honda tidak mahu ketinggalan dan melancarkan Honda Insight, kereta hibrid dua tempat duduk pada 1999 untuk pasaran Amerika Syarikat, diikuti kemasukan Prius ke negara itu tidak lama kemudian. Pada 2003, Honda memperkenalkan Honda Civic Hybrid yang menyamai Honda Civic konvensional.

Ketika pengeluar Jepun semakin ke depan, syarikat kereta Amerika Syarikat, Ford, pada 2004 melancarkan Ford Escape Hybrid, kenderaan hibrid pertama Amerika Syarikat dan juga SUV hibrid pertama dunia.

Selepas itu semua menjadi sejarah. Pengeluar kereta terkemuka dunia kini menjadikan pengeluaran kereta hibrid sebagai keutamaan.
Selanjutnya klik disini

Responses

  1. tech. hybrid car dah lame dah. kit a nak setup gas station LPG di seluruh malyasia pon dok bleh

  2. Ikutkan tech. yang lebih bagus sekarang adalah kereta elektrik sepenuhnya yang lebih berkuasa seperti Tesla dan juga kereta guna tenaga hidrogen seperti Honda Clarity. Hibrid masih memerlukan penggunaan petrol sedang kedua-dua teknologi elektrik dan hidrogen bebas dari tenaga bahan bakar fosil.

    Alternatif singkat tanpa perlu kos yang besar adalah memperkenalkan diesel yang lebih bersih (Euro IV atau V) yang sesuai digunakan untuk kereta-kereta diesel generasi baru yang jauh lebih efisien dari kereta hibrid sendiri.

Leave a comment

Categories