Posted by: pantaujpa | August 22, 2008

Government to give contract workers ‘weightage’

From The Star

KUCHING: Government contract officers who apply to be permanent staff in the civil service should be given “weightage” by the Public Service Commission (PSC).

Chief Secretary Tan Sri Mohd Sidek Hassan said this was especially so for those who had fulfilled service scheme conditions, served more than one year, achieved a good performance level of more than 85% and were recommended by their department heads.

“Do not treat them the same as fresh applicants (for government jobs),” he said when closing the 11th conference of the PSC and Education Service Commission at Damai Puri Resort in Santubong near here yesterday.

Mohd Sidek was responding to a request by Cuepacs to absorb some 45,000 contract officers as permanent staff in the civil service.

Komen

Sepatutnya SPA tidak pandang sebelah mata terhadap kakitangan kontrak di jabatan-jabatan kerajaan. Ada di kalangan mereka yang sudah bekerja beberapa tahun dan amat berpengalaman dalam bidang tugas mereka namun langsung tidak diperdulikan. Ada yang ditamatkan perkhidmatan selepas habis kontrak dan ini kadang-kadang merugikan jabatan yang terpaksa melatih kakitangan baru untuk menjalankan tugas yang sama.

Saya setuju dengan pandangan KSN supaya kakitangan kontrak diberi peluang untuk mendapat jawatan tetap dalam kerajaan tapi perlulah berdasarkan penilaian dan sokongan yang baik dari jabatan yang mereka bekerja.

Posted by: pantaujpa | August 22, 2008

Bonus: Tunggu Bajet 29 Ogos

Dari Utusan Malaysia

KUCHING 21 Ogos – Kakitangan kerajaan diminta menunggu pembentangan Bajet pada 29 Ogos ini untuk mengetahui sama ada mereka akan menerima atau tidak bonus untuk tahun ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan ketika ditanya oleh media sama ada kerajaan akan membayar bonus pada tahun ini enggan memberi sebarang bayangan.

“Itu terserah kepada kerajaan. Kita sama-sama tunggu,” katanya selepas menutup Persidangan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia, Negeri dan Pelajaran, di Santubong, dekat sini, hari ini.

Sebelum ini Cuepacs meminta kerajaan memberi bonus dan mengkaji semula kadar pemberian Elaun Kos Sara Hidup (COLA) untuk kakitangan awam pada pembentangan Bajet 2009 ini.

Mengenai penglibatan kakitangan awam berkempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Mohd. Sidek berkata tindakan tegas diambil sekiranya kakitangan awam terbabit melanggar peraturan yang termaktub dalam pekeliling kerajaan.

Terdahulu, semasa berucap, beliau berkata kakitangan awam kontrak yang memohon lantikan tetap dalam perkhidmatan awam perlu diberi keutamaan jika telah memenuhi syarat skim perkhidmatan.

Beliau berkata pegawai-pegawai kontrak yang telah berkhidmat secara kontrak selama satu tahun atau lebih, mencapai tahap prestasi yang baik dengan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan melebihi 85 peratus dan diperakukan oleh ketua jabatan harus diutamakan untuk diserapkan secara tetap dalam perkhidmatan awam.

“Janganlah samakan mereka ini dengan pemohon baru kerana pengalaman, pengetahuan serta kemahiran yang mereka peroleh sewaktu bekerja secara kontrak merupakan satu kelebihan dan ia harus dipertimbangkan untuk lantikan tetap,” katanya.

– Bernama

Komen

Harapnya kalau kakitangan kerajaan dapat bonus nanti, peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang. Kesian kepada orang awam yang terpaksa hadapinya juga walau mungkin mereka sendiri tidak akan menerima bonus.

Sudah dapat bonus nanti, kerjalah dengan lebih rajin dan dedikasi sikit. Barulah berbaloi dengan bonus yang diterima.

Posted by: pantaujpa | August 22, 2008

Waktu kerja anjal bagi wanita

Dari Utusan Malaysia

Oleh ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedia menimbangkan waktu kerja fleksibel bagi pekerja wanita agar mereka tidak lagi terikat dengan waktu kerja tetap seperti dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam usaha untuk menarik lebih ramai kaum wanita berkerja, maka perlu ada pendekatan fleksibel dan inovatif yang mengambil kira bahawa pekerja wanita juga adalah seorang ibu dan isteri.

Menurut beliau, kaum wanita lebih mementingkan masa kualiti bersama keluarga, mahu lebih waktu bersama anak di padang permainan berbanding terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

“Mungkin sukar bagi sesetengah wanita terikat dengan waktu kerja tetap seperti pukul 9 pagi hingga 5 petang kerana dalam waktu itu mereka perlu melakukan aktiviti penting lain seperti menghantar anak ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Wanita 2008 yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen di sini hari ini..

Kata Najib, tidak ada sebarang kelemahan jika waktu kerja fleksibel diperkenalkan kerana ia terbukti sebagai mampu meningkatkan produktiviti dan bukan sebaliknya.

Sehubungan itu, Najib meminta hasil perbincangan meja bulat di Sidang Kemuncak Wanita 2008 berkaitan perkara itu dihimpunkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk dirundingkan bersama Kementerian Sumber Manusia sebelum ia dibawa kepada Kabinet.

Ditanya jika beliau sendiri bersetuju dengan pengenalan waktu kerja fleksibel itu Najib berkata, beliau menyokong prinsip untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan kerana jumlah mereka belum setanding negara-negara maju.

Timbalan Perdana Menteri yakin, pengenalan waktu kerja fleksibel akan mampu menarik lebih ramai kaum wanita untuk berkerja.

Kata beliau, sehingga tahun lalu hanya 46.4 peratus wanita di negara ini terbabit dalam sektor pekerjaan iaitu satu jumlah yang rendah jika dibandingkan dengan negara maju seperti Sweden yang mana 77.7 peratus wanitanya berkerja, Denmark (76.7 peratus) dan United Kingdom (70.3 peratus).

Najib juga bersetuju jika wanita dibenarkan meninggalkan kerja mereka untuk satu tempoh waktu tertentu sebelum menyambungnya kembali apabila sesuatu urusan penting dalam hidup mereka selesai.

Beliau bagaimanapun mengakui masalah disiplin dan pengawasan diri akan menjadi isu yang lebih besar dalam ruang kerja pada masa hadapan jika sistem kerja fleksibel diguna pakai di negara ini.

Dalam pada itu, Yen Yen berkata, tempoh kerja yang terlalu lama sudah menjadi satu alasan yang kerap kali didengari apabila seseorang wanita mahu berhenti kerja.

Posted by: pantaujpa | August 22, 2008

Syarikat pekerja asing bermasalah

Dari Utusan Malaysia

 

 

PUTRAJAYA 21 Ogos – Kira-kira 60 peratus syarikat penyumberan pekerja asing di negara ini dikenal pasti sebagai syarikat bermasalah, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mahmood Adam.

Beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan Imigresen pada tahun ini mendapati antara masalah yang dihadapi syarikat itu ialah ia tidak wujud, tidak beroperasi atau telah ‘diali baba’ kepada pihak lain.

Sehubungan itu, katanya, perbincangan akan dijalankan dengan Jawatankuasa Penaja Persatuan Pembekal dan Pengurusan Tenaga Asing Malaysia, Isnin ini, untuk mengenal pasti punca masalah itu.

“Buat masa ini kita tidak akan mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat bermasalah ini, kami sebaliknya mahu mendapat maklum balas mengenai masalah yang dihadapi mereka.

“Selepas kita mengetahui masalah yang membelenggu mereka, maka kita akan syorkan kepada kementerian mengenai tindakan sesuai yang boleh diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri dialog dengan kira-kira 300 wakil syarikat penyumberan luar pekerja asing di ibu pejabat Imigresen di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mahmood berkata, Imigresen sejak 24 Julai lalu telah menubuhkan pusat sehenti untuk mengendali pelbagai aduan dan masalah yang dihadapi orang ramai.

“Satu jawatankuasa akan memproses permohonan dan aduan berkenaan, semua urusan perlu diselesaikan pada hari yang sama selepas permohonan atau aduan diterima.

“Antara masalah yang sering dibawa kepada pusat ini ialah mengenai diskaun untuk kompaun, kehilangan dokumen perjalanan, tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan dan soal-soal Imigresen yang lain,” katanya.

Tambahnya, walaupun ditubuhkan kurang daripada sebulan, pusat sehenti tersebut telah berjaya mengendalikan lebih daripada 500 aduan dan permohonan orang ramai.

Mengenai aduan seorang wakil agensi pekerja asing bahawa terdapat pegawai Imigresen yang meminta bayaran tambahan untuk perkhidmatan yang diminta, Mahmood berkata, siasatan dalaman akan dijalankan.

“Kita tidak mahu berlaku keadaan tidak adil kepada mana-mana pihak termasuk kakitangan Imigresen. Kita perlu menyiasat perkara ini secara menyeluruh sebelum apa-apa tindakan diambil,” katanya.

Posted by: pantaujpa | August 21, 2008

Abdullah Rides The Commuter And LRT To Gauge Service Quality

By Voon Miaw Ping – From Bernama.com

KUALA LUMPUR, Aug 21 (Bernama) — Setting aside protocol, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi took rides on the commuter and LRT rail services from Serdang to the city centre Thursday to get a feel of the transportation problems faced by the public and came away less than satisfied.

Throughout the one-hour journey, during which he switched trains, the prime minister noted the congestion, especially during the peak period, and spoke to his fellow passengers to get their feedback.

Speaking to Bernama after disembarking at the Masjid Jamek LRT station, he said he was not satisfied with the rail services and wanted immediate improvements to be made.

He said the existing services were not systematic, there were not enough coaches and coverage was not comprehensive, leaving many areas not serviced.

“I just saw the plight of people using the trains to get to work every morning. They were jostling to get on board every time a train arrived. There appeared to be no system.

“I’m not happy with this because the people are not getting satisfaction from riding the trains. This we must fix,” he said.

“I found the trains really packed with so many passengers. Some had waited for three trains and yet could not board.

“There’s no queue. People push their way in, women with children and old people are pushed aside,” he added.

Abdullah, who was not accompanied by any officials from the two rail services, arrived at the Serdang Komuter KTM station at 8.15am but could not get on board the first train that arrived because it was packed.

He got on the next train which arrived 15 minutes later and headed for KL Sentral, the modern transportation hub for the various rail services.

There he also had to wait a while to switch to the Putra LRT service to get to the Masjid Jamek station because again, the first train to arrive was full.

On both the trains that he took, the prime minister, dressed in a red batik shirt with golden print, had to stand although the passengers offered him their seats.

Upon arrival at the Masjid Jamek station at 9.15am, he chatted with members of the the public and bought several types of local cakes from the sellers there before leaving.

Abdullah said he would give attention to efforts to improve the quality of both rail services.

He said trains that were not punctual and people scrambling to get into the trains caused problems to other passengers.

Immediate steps would be taken including improving the train schedules, having a more systematic system and giving attention to senior citizens and women with children.

“There were many more suggestions given me by the passengers for my attention. I will strive for improvements, I will propose changes,” he said.

Komen

Macam itulah yang kita mahu dari para pemimpin kita. Turun padang dan lihat sendiri apa yang berlaku disekeliling. Bukan hanya tahu beri press conference tanpa diri sendiri tidak faham apa yang sedang berlaku.

Barulah penyampaian perkhidmatan (service delivery) boleh menjadi lebih sempurna kerana pemimpin sendiri faham dengan apa masalah yang dihadapi.

« Newer Posts - Older Posts »

Categories