Posted by: pantaujpa | September 21, 2008

‘Smiley’ boxes to rate NRD staff

From The Star

PUTRAJAYA: If you’re happy with the service rendered by those manning the counters at the National Registration Department (NRD), you can place your queue number in a “smiley” box from next month.

The NRD is taking a step to improve its services to the public by placing the boxes to gauge customer satisfaction.

Opinions wanted: Customers can provide feedback on the service they received by placing their queue number in one of the four boxes.

From next month, the department will know if the counter staff at 210 branches around the country have provided service with a smile or were unfriendly.

Customers can provide feedback simply by “voting” with their queue numbers.

NRD director-general Datuk Mohd Abdul Halim Muhamad said they wanted to find out if the employees provided service with a smile or were grumpy.

“There will be four boxes in front of every counter employee to measure the person’s performance.

“This is an effective way of gauging how well our counter staff serve the public,” he told The Star.

He said that from the feedback the department can find out if there is a need for the employee to go for more training in customer service.

The four “smiley” boxes are for excellent, good, satisfactory and not satisfactory ratings.

The NRD started the pilot project at its headquarters and at its Kuching office two months ago.

“We found good response from the public and we are confident the system should work well in other branches,” Mohd Abdul Halim said.

Posted by: pantaujpa | August 27, 2008

Customs puts up Budget hotline

From The Star

KUALA LUMPUR: People who have questions about Customs tax in the 2009 Budget to be tabled on Friday can call the Royal Malaysian Customs hotline 03-8882-2406 / 2411 / 2412.

Customs senior assistant director of public affairs Awam Hamzah Ahmad said the hotline was for public convenience.

The public can also fax questions to 03-8889-5884 or use the websitebajet2009@customs.gov.my.

In a statement yesterday, he said the hotline would be operational on Friday from 3pm to 10pm and from 8am till 5pm on Saturday. – Bernama

Posted by: pantaujpa | August 27, 2008

Bersedia terima maklum balas

Dari Surat Pembaca – Utusan Malaysia

PIHAK Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan satu lapisan kerajaan yang amat penting di negara kita.

Memandangkan kepada peranan penting yang dimainkan oleh PBT dalam memberi pelbagai jenis khidmat kepada masyarakat, kepuasan penduduk harus dijadikan matlamat akhir setiap pihak berkuasa tempatan.

Oleh kerana tindakan dan keputusan yang dibuat oleh PBT boleh memberi kesan kepada orang ramai, maka adalah tepat pada masanya satu mekanisme diperkenalkan untuk mengukur pandangan orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan tersebut.

Dalam hubungan ini, saya mencadangkan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperkenalkan Indeks Kepuasan Hati Penduduk (IKHP) untuk mengukur pandangan orang ramai terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Apabila pihak berkuasa tempatan mengambil peranan penting di dalam penyediaan perkhidmatan, mereka perlu mempunyai keupayaan untuk menghadapi pelbagai isu dan mendapatkan maklum balas dengan cepat dan efektif terhadap keperluan dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Dilihat sebagai badan kerajaan yang terendah, PBT sepatutnya dilihat sebagai yang tertinggi dari segi penyediaan perkhidmatan dan keperluan masyarakat.

Sekiranya pihak berkuasa tempatan ingin berfungsi dengan efektif, mereka perlu bersedia menerima pandangan dan maklum balas pihak awam.

Penglibatan rakyat di peringkat akar umbi dan maklum balas mereka adalah kunci utama kepada urus tadbir yang baik.

Ini amat penting terutama kerana kita belum mempunyai pihak berkuasa tempatan yang dipilih oleh rakyat. Kecuali terdapat penglibatan masyarakat pihak berkuasa tempatan tidak akan berfungsi dengan berkesan.

Indeks Kepuasan Hati Penduduk yang dicadangkan untuk mengukur maklum balas awam kepada perkhidmatan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan adalah satu langkah positif untuk menggalakkan penglibatan orang ramai di dalam kerajaan tempatan.

Kepentingan awam dapat dilindungi dengan lebih baik apabila semua pihak berkuasa tempatan memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan mereka dengan menangani aduan yang disampaikan oleh orang ramai atau melalui pihak media.

Pihak berkuasa tempatan haruslah sentiasa prihatin terhadap aduan atau cadangan dan mengambil langkah untuk menyelesaikannya.

Semua pihak berkuasa tempatan dan sektor awam keseluruhannya mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk menerapkan etika kerja dan nilai murni di dalam organisasi masing-masing.

Kakitangan awam di dalam semua kerajaan tempatan mesti bangunkan satu budaya yang akan membantu untuk mewujudkan bukan sahaja satu badan kerajaan tempatan yang dedikasi, efisyen, telus dan beretika tetapi juga yang menekankan kepada integriti pengurusan.

Untuk mencapai objektif ini, satu budaya kerja yang berasakan ketelusan, kepercayaan, efisien dan berdisiplin adalah perlu.

Semua jabatan di dalam kerajaan tempatan perlu bekerja keras untuk mencapai tahap aduan sifar di dalam usaha untuk menggalakkan dan meningkatkan nilai terbaik di dalam pihak berkuasa tempatan.

Usaha berterusan perlu dibuat untuk menerapkan integriti dan nilai etika di kalangan semua kakitangan pihak berkuasa tempatan supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan cemerlang untuk memenuhi harapan orang ramai.

TAN SRI LEE LAM THYE

Kuala Lumpur

Posted by: pantaujpa | August 27, 2008

Terengganu larang ke majlis kahwin waktu kerja

Dari Utusan Malaysia

KUALA TERENGGANU 26 Ogos – Kerajaan Terengganu melarang semua anggota perkhidmatan awamnya daripada menghadiri sebarang majlis atau kenduri perkahwinan semasa waktu bertugas bagi mengelakkan proses pentadbiran negeri terganggu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong berkata, pihaknya terpaksa mengeluarkan arahan itu selepas mendapati ramai pegawai mengambil kesempatan menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan pada hari bekerja.

Menurut beliau, mereka bukan sahaja tidak berada pada waktu pejabat malah ada sesetengah kakitangan menggunakan kenderaan pejabat sedangkan ia bukan untuk kegunaan peribadi.

”Saya kesal perkara ini berlaku dan mulai hari ini saya harap kakitangan awam menghadiri majlis perkahwinan selepas pukul 1 tengah hari atau luar waktu bertugas.”

”Satu pekeliling khusus mengenai larangan itu akan dikeluarkan bagi memastikan arahan benar-benar dipatuhi,” katanya semasa berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menyampaikan anugerah khidmat cemerlang kepada kakitangan terpilih.

Seramai 30 pegawai dan kakitangan menerima anugerah tersebut.

Mereka termasuklah Pegawai Tadbir Negeri di Pejabat Tanah dan Galian Terengganu, Kamaluddin Ismail; Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Wan Harujan Wan Sulaiman; Penolong Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Jusoh Ngah; dan Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Sumber Manusia) Ahmad Awang.

Lain-lain ialah guru Sekolah Menengah Agama Khairiah, Rosyatimah Che Awang serta Pegawai Kerani Majlis Agama dan Istiadat Melayu Terengganu (Maidam), Mohammad Abdullah.

Dalam perkembangan lain, Mokhtar berkata, seramai 18 pegawai dan kakitangan awam yang bermasalah di negeri ini dibuang kerja kerana melakukan pelbagai kesalahan sepanjang tahun lepas.

Bagaimanapun, katanya, angka itu menurun berbanding seramai 22 kes pada tahun sebelumnya.

”Pemecatan mereka adalah wajar kerana jika pegawai bermasalah dibiarkan terus bekerja, mereka bukan sahaja menganggu proses pentadbiran malah menjatuhkan imej kerajaan,” jelasnya.

Posted by: pantaujpa | August 27, 2008

408 pegawai perkhidmatan awam dibuang kerja

Dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Seramai 408 pegawai sektor perkhidmatan awam dan badan berkanun dibuang kerja atas pelbagai kesalahan tata tertib antara Januari hingga Jun tahun ini, kata Ketua Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Nik Noraini Nik Ya.

Beliau berkata, mereka yang terbabit adalah di dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP), Perkhidmatan Awam Negeri (PAN), Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

”Selain itu, seramai 160 pegawai lagi daripada semua sektor itu turut diberikan amaran,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 19 orang turut dikenakan hukuman denda, lucut hak emolumen (76), tangguh pergerakan gaji (83), turun gaji (47) dan turun pangkat (31) bagi kesemua lima kategori perkhidmatan itu.

Katanya, jumlah itu adalah daripada 405 orang pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib sepanjang enam bulan tahun ini.

“Terdapat pegawai yang didapati bersalah dikenakan dua atau lebih hukuman,” katanya.

Katanya, bagi pertengahan tahun 2008, pegawai dalam kumpulan sokongan merupakan yang paling ramai dikenakan tindakan tatatertib iaitu seramai 365 orang atau 90.1 peratus daripada keseluruhan pegawai yang terbabit.

Katanya, pecahan kesalahan, ialah seramai 192 pegawai didapati melakukan kesalahan tidak hadir bertugas, tata kelakuan dan larangan (187 orang), kes-kes mahkamah (29 orang) serta penyalahgunaan dan pemilikan dadah berbahaya (27 orang).

Jelasnya, kesemua tindakan itu diambil mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 atau peraturan tatatertib yang digunapakai pihak berkuasa tatatertib masing-masing.

Menurut beliau, jumlah tindakan ke atas 405 pegawai itu adalah satu penurunan yang nyata berbanding 702 orang pegawai yang dikenakan tindakan dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, faktor yang menyumbang kepada penurunan tindakan tata tertib itu adalah disebabkan penekanan oleh pihak pengurusan tertinggi mengenai integriti, kesedaran dan pemahaman mengenai integriti, perkhidmatan kaunseling dan penguatkuasaan peraturan-peraturan tata kelakuan.

Older Posts »

Categories